Februari 2010 - Jelajah Selangor
Memandangkan ini merupakan program pertama "Jelajah 1 Bulan 1 Negeri di Semenanjung", laluan yang saya pilih bolehlah dikatakan hampir meliputi 70% Negeri Selangor. Tarikh program ini adalah pada 27hb dan 28hb Februari 2010 dan bermula di Shah Alam. Segala perancangan laluan telah diatur dengan menggunakan GoogleMap bagi mempermudahkan perjalanan.
Dari Shah Alam kumpulan kami seramai 10 penunggang yang terdiri dari 9 motor Yamaha FZ150i dan 1 Aprilia Pegaso meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Kubu. Hentian pertama kami adalah di Empangan Sg. Tua.
Selepas bergambar berlatar belakangkan Empangan Sg Tua, kamai meneruskan perjalanan melalui jalan Sg. Tua - Ulu Yam. Singgah sebentar di air terjun di salah satu kawasan rekreasi di Hutan Simpan Ulu Yam untuk bergambar dan kemudian ke Alor Limpah iaitu 2km sebelum pekan Kuala Kubu.
Dari Kuala Kubu kami mengikuti jalan lama untuk sampai ke Kalumpang dimana kami meluankan masa hampir 1 jam untuk mandi sungai disini. Setelah puas mandi kami ke Tg. Malim untuk menjamah makanan terkenal disini iaitu Pau Yik Mun. Ianya sebuah restoran yang telah dibaik pulih dan ianya terkenal kerana menjual pau semenjak tahun 1970an.
Kami kemudian bergambar beramai-ramai di Universiti Perguruan Sultan Idris sebelum sembahyang Zohor di salah sebuah Masjid di Tg. malim.
Selepas bersembahyang kami meneruskan tunggangan melalui Gedangsa untuk sampai ke Sg. Besar. Berhenti sebentar di Pasir Panjang untuk membasahkan tekak selepas penat menunggang dibawah sinaran perit matahari dan jalan yang yang tidak rata.
Pemandangan sepanjang jalan dari Gedangasa ke Sg. Besar kebanyakannya adalah hutan paya bakau, kelapa sawit dan sawah padi yang terbentang luas apabila kami menghampiri ke Sg. Besar.
Dari Sg. Besar kami ke Homestay Sg. Nibong Bt23 yang terletak diantara pekan Sg. Besar dan pekan Sekinchan. Kami sempat melawat apa yang dipanggil "Ayam Air-cond" oleh penduduk tempatan dimana ayam-ayam ini di ternak didalam kawasan berbumbung lagi bertutup dan dikawal suhunya.
Kami juga sempat berbual mesra dengan pengendali Homestay Sg. Nibong Bt23 iaitu Hj. Yusoff semasa kami di bawa ke Bagan Melayu. Disini terdapat tempat penginapan seperti rumah kampung, Chalet, Restoran diatas laut dan tempat untuk memancing. Kebanyakan penduduk di sekitar kawasan Sg. Nibong ini terdiri dari orang Jawa yang mendatang dari Pulau Jawa pada awal tahun 1930an. Sebenarnya terdapat banyak aktiviti Eco-Pelancungan disini seperti pertunjukan Wayang Kulit Jawa, ternakan lintah, Ikan Pekasam atau Wadi Ikan, memancing belut, pembuatan boat nelayan, pencetakan batik, membuat keropok dan lain-lian. malang sungguh disebabkan kami datang pada Sabtu petang maka banyak tempat lawatan tidak dibuka.
Perludiingatkan juga bahawa semua tempat lawatan dikenkan bayaran bagi mengatasi usaha mengekalkannya bagi tujuan pelancungan.
Setelah hampir 45 minit berbual dengan Pak Hj. Yusoff, kami meminta diri untuk ke Bukit Melawati dan setrusnya ke Kg. Kuantan untuk melihat kelip-kelip. Kami tiba di Bukit Melawati pada jam 7.35 malam dan tidak kesempatan untuk melihat matahari terbenam. Walaubagaimanapun kami mengambil peluang untuk bergambar di hadapan Rumah Api dimana terdapatnya meriam-meriam lama. Dari situ kami menyusur turn dan singgah di Makam Diraja untuk bergamgar semula.
Selepas sembahyang Mahgrib di Kuala Selangor kami terus ke Kg. Kuatan. Pujian harus diberi kepada kerajaan kerana telah menaikkan taraf pusat lawatan kelip-kelip ini. Kemudahan asas yang cukup selesa dan kawalan keselamatan yang memuaskan menjadikan pusat ini sebagai tarikan pelancung. Sepanjang kami berada selama 45 minit disini, kedatangan pelancong asing dan tempatan tidak putus-putus dan kami menganggarkan tidak kurang dari 400 orang pada ketika itu.
Keletihan daripada menunggang sepanjang hari benar-benar kelihatan apabila ramai diantara peserta Jelajah terus masuk tidur setibanya di Hoemstay kami pada pukul 12 malam. Dengan bayaran RM14.00 seorang unutk bermalam di Homestay ini kami juga disediakan dengan sarapan pagi oleh tuan rumah. Selepas menikmati Nasi Lemak Kampung, Pulut Panggang dan Kuih Keria kami bergegas untuk bergambar dengan Pak Hj. Yusoff dan isteri sebelum kami berangkat unutk meneruskan perjalanan ke Pulau Carey.
Kepanasan pada sebelah pagi amat dirasai oleh semua peserta apabila kami terpaksa berhenti di setiap lampu isyarat sebelum kami tiba di Tg. Harapan untuk sesi bergambar. Dari sini kami melalui laluan jalan pintas ke Pelabuhan Barat untuk ke SiJangkang. Kami disambut oleh saudara Nidzam yang berkhidmat dengan JPA yang akan turut serta dengan Jelajah Selangor kami.
Kami ke perkampungan Orang Asli Meh Meri dan berkesempatan bersembang dengan mereka. Banyak perkara telah diberitahu kepada kami berkaitan dengan kehidupan kaum Mah Meri disini. kami juga ditunjukkan permainan yang diberi nama Jerat Tupai dan Buai Latip. Ianya adalah permainan kaum Mah Meri dan permainan ini mengajarkan agar tidak cepat berputus asa.
Dari Pulau CArey kami terus menuju ke Banting untuk melawat Istana Bandar dan Masjid Aleaddin di Bandar.
Dari situ kami ke Pantai Kelanang untuk makan tengahari sambil berbual-bual. Lebih kurang pukul 1.44 tgh kami terus menyusur jalan pantai sehingga ke ke pantai Morib. Sekalilagi kami berhenti sebentar unutk menikmati keindahan sekeliling dan kemudian menuju ke Bagan Lalang.
Di Bangan Lalang tiada banyak aktiviti dilakukan. Kami hanya singgah untuk minum petang dan ada beberapa peserta yang sempat kepantai untuk bergambar, dari sini kami mengakhiri Jelajah Selangor dengan bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan Sepang International Circuit.
Jumlah keseluruhan perjalanan Jelajah Selangor adalah sejauah 728km buat saya dan mungkin lebih bagi peserta lain.