Wednesday, May 19, 2010

Melawat Pokok Cengal Besar Di Sg. Loh, Terengganu




Pokok Cengal terbesar yang pernah ditemui di Malaysia ialah di Hutan Simpan Sg. Loh. Walaupun pokok tersebut berada di tanah negeri Pahang namun untuk sampai kesana kita perlu melalui Kg. Jonggok Batu di Daerah Dungun, Terengganu. Pokok Cengal ini dikatakan berusia melebihi 1300 tahun.





Pada 15hb Mei baru-baru ini kami seramai 8 orang telah ke Kg. Pasir Raja di Ulu Sg. Dungun untuk bermalam disana sebelum keesokannya melihat pokok Cengal yang terbesar dan tertua di dunia ini. Kg. Pasir Raja adalah sebuah kampung yang mana ianya adalah kampung yang terakhir di penhujung jalan raya di Ulu Dungun ini. Banyak perubahan yang ketara jika dibandingkan pada tahun 1991 dahulu semasa saya membuat XPDC melalui laluan Mat Kilau dari sini ke Kuala Tahan.

Kini terdapat tapak perkhemahan dan juga chalet yang mana pengunjung boleh bermalam dengan begitu selesa sekali. Seandainya siap nanti jalan yang menghubungkan kampung ini dengan Kg. Mat Daling di Ulu Sg. Tembeling, rasanya akan lebih makmur dan maju kedua-dua buah kampung.





Dari Kg. Jonggok batu, kami terpaksa menyewa sebuah kenderaan 4X4 dengan harga RM350.00 untuk membawa kami masuk ke dalam hutan simpan bagi melihat sendiri pokok Cengal tersebut. perjalanan pada mulanya melalui jalan berturap sejauh lebih kurang 5km dan kemudian melaui jalan balak sejauh hampir 5km.









Walaupun laluan balak tidak sejauh mana namun ianya mengambil masa hampir 1 jam kerana pergerakan kaki agak perlahan dan juga terpaksa menyeberangi lurah dan sungai. Dari penghujung jalan balak tersebut, kami kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh 700m untuk sampai ke lokasi pokok Cengal.

Video perbualan saya bersama pemandu 4X4 (Man atau Mang) semasa perjalana masuk ke Cengal Besar.





Sememangnya ini adalah sebuah pokok yang saya kira terbesar pernah saya lihat.Setelah puas bergambar di banir pokok Cengal ini, kami semua beredar dari situ untuk pergi mandi di Sg. Loh. Kesempatan diambil oleh guide kami Sdr. Budin untuk menjala ikan. Nasib menyebelahi kami apabila beliau berjaya menaikkan hampir 10 ekor ikan daun sepanjang 6"-8". dari sini kami keluar semula ke jalan besar untuk mengakhiri adventure kami dengan melawat Hutan Lipur Chemerong. Kolam di kaki gunung ini terbentuk dari pengaliran air terjun Chemerong ynag setinggi hampir 500m. Ianya boleh kelihatan seperti mencurah-curah dari permatang gunung yang boleh dilihat dari sejauh 20km sebelum sampai kesini.





Peserta yang menjayakan program ini adalah:-
1. Abg Acid - FZ150i (dari Muar)
2. Musket - Naza Blade250 (dari KL)
3. Dinbombacbr - FZ150 (Cheneh, Kemaman)
4. Nizam - Aprilia Pegaso 650 (dari KL)
5. T-Airwind - Suzuki Belang (dari KL)
6. Jokohurricanemax - Afrika Twin 750(Dari KL)
7. Nuar - Honda NSRr-rr (dari KL)
8. Mat Din - GT128 (Kertih)

Sekalung tahniah kepada semua yang menjayakan acara ini yang mana ianya meninggalkan seribu satu kenangan yang tak mungkin dilupakan dan yang penting sekali....kami telah berjaya menjejak POKOK CENGAL terbesar di dunia ketika ini.

Labels:

2 Comments:

Anonymous hurricanemax said...

thank you for being a great riding companion...bila kita ride convoy atau pom dlm group, 50% of the fun & adventure datang dari friends. U R 1of the BEST to ride with! TQ!

10:48 PM, May 21, 2010  
Anonymous Nizam said...

Yes Joko!... a great ride is not the Destination but the Journey and the Companion. Every joy of experience does comes for a good companion with people like you.

So when are we going back to Sg. Loh for a night or two with our family?. Hope this time we may get a better fish like the Red Kelah or Kelah Bara!!

7:49 PM, May 23, 2010  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home