Tuesday, February 02, 2010

Jelajah 1 Bulan 1 Negeri di Semenanjung Malaysia

Setelah merasa puas menjelajah hampir seluruh Semenanjung Malaysia bersama dengan motor Aprilia Pegaoso, saya mengambil keputusan untuk mencadangkan program "Jelajah 1 Bulan 1 Negeri di Semenanjung Malaysia" kepada ahli forum dari FZ150i.co.nr.

Tujuan program jelajah ini diadakan adalah untuk mendekati negeri kita dengan lebih dekat. Dengan adanya program sebegini para peserta jelajah akan berkesempatan mengetahui akan keindahan alam, kemesraan penduduk, sejarah setempat dan juga yang paling penting mendidik diri kita agar tidak melupakan akan asal usul kita.

Walaupun perjalanan yang akan dilalui meliputi jalan-jalan lama dan juga lorong-lorong kecil, pengalaman yang bakal di perolehi tidak mungkin dapat dilupakan dan akan menjadi ingatan dan kenangan sepanjang masa.

Memandangkan saya masih lagi salah seorang ahli forum yang lama, cadangan pertama untuk menjelajah Negeri Selangor mendapat sambutan awal dari beberapa ahli. Saya menjemput sesiapa jua yang ingin merasakan kelainan cara bercuti untuk bersama-sama kami didalam jelajah yang akan datang.

Sila ikuti perkembangan penjelajahan kami dari masa ke semasa dimana kami akan cuba menceritakan dan berkongsi gambar buat tatapan semua. Perlu saya nyatakan disini walaupun setiap program Jelajah yang dijalakan melibatkan perbelanjaan yang serderhana, saya amat berterima kasih kepada sesiapa jua yang sanggup menaja atau memberi aja jua bentuk sumbangan bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

Sekiranya anda ingin turut serta bersama saya, sila berutus e-mail kepada saya di nzmmcgyver@yahoo.com.


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home