Jelajah Thailand - Hari 01 (11/Nov/08)
Bertekadkan semangat untuk melancung ke Thailand dengan motorsikal yang baru dibeli iaitu Yamaha FZ150i (150 c.c), saya memberanikan diri membuat perancangan awal. Setelah mendapat serba sedikit maklumat perjalanan daripada GoogleMap dan dari kawan -kawan daripada MalaysianBikers Community, saya bersama Abg Aziz dan Musket sepakat untuk bersama selama 8 hari ke Thailand bermula pada 11hb Nov hingga 18hb Nov 2008.
0000 hrs - Saya bersama Musket yang menunggang NAZA Blade 250 berwarna kuning meninggalkan kawan-kawan yang minum malam bersama di Taman Melati, Gombak.
0800 hrs - Tiba di Imigresen Sadao dan terus membeli Insuran untuk motor memasuki Negara Thai. Bagi 14 hari perjalana saya perlu membayar RM17.00 manakala bagi Musket pula ialah RM21.00 kerana motor berkuasa besar.
0830 hrs - Terus ke hotel di mana Abg Aziz menginap dan menyegarkan badan seketika dari kepenatan menunggang sepanjang pagi. Selepas sarpan kami semua memulakan perjalanan bersama menuju ke Surat Thani. Sepanjang perjalanan cuaca tidak menyebelahi kami kerana kami terpaksa menumpuh hujan yang sekejap lebat dan sekejap gerimis. Memandangkan kami bertiga adalah kali pertama melalui jalan daripada Hadyai ke Surat Thani maka kami sentiasa bersama dan memerhatikan satu sama lain semasa pemanduan. Kami berhenti lebih kurang 3 kali di perhentian bas yang terdapat di setiap 2km perjalanan kami. Perhentian yang bersaiz besar ini amat sesuai dijadikan sebagai rehat sementara bagi mereka yang bermotosikal, cuma masaalahnya tiada ruang untuk meletak motor dengan selamat.
1300 hrs - Hari masih hujan dan kami terpaksa berhenti lama sedikit di salah sebuah stesen minyak di Pathalung. Saya dan Musket hanya memakan pisang dan meminum air Red Bull untuk menghilangkan mengantuk.
1830hrs - Tiba di hotel setelah puas mencari jalan dan bertanya orang ramai. Selepas mendaftar kami bertiga makan malam di hotel saja kerana cuaca diluar hari masih hujan dengan lebatnya. Kami tidak kemana-mana cuma berlegar-legar di lobi hotel dan berbual-bual dengan tetamu lain dan pekerja hotel. Harga bilik kami adalah RM90.00 termasuk sarapan untuk 3 orang. Ini adalah salah satunya hotel dimana ramai pelanggannya beragama Islam disebabkan mereka hanyaa menghidangkan makanan HALAL!.