Percutian di Pantai Salang, Pulau Tioman
Bersama Tok Uda yang bersusah payah datang sendiri dari Teluk Intan, kami meninggalkan Kuala Lumpur pada jam 7.45 pagi dan tiba di pekan Mersing pada jam 12.30 tgh. Perkara pertama yang kami lakukan ialah mencari ikan dan sotong untuk dibuat umpan semsa di pulau nanti. Malangnya hari ini ialah hari Jumaat dan pasar yang terdapat disini telah tutup lebih awal. Kami terus ke jeti untuk membeli tiket sebelum makan tengahari di gerai makan berdekatan. Air laut pada waktu ini adalah surut maka kami terpasa menaiki feri ke Pulau Tioman pada jam 3.30 petang.
Kami tiba di jeti Salang lebih kurang jam 6.46 petang dan saya terus mencari kawan lama iatu Arai yang berniaga disini. Ketibaan kami disambut oleh Arai dipenghujung jeti lalu kami dibawa ke tempat penginapan iaitu di pak Long Chalet.
Setelah puas makan kami kembali ke chalet untuk mengambil joran untuk memancing di jeti. Umpan sotong telah kami perolehi disalah sebuah restoran berdekatan denagn harga yang agak mahal kerana ianya adalah bekalan mereka untuk pelanggan. Saya dan isteri berterusan memancing hingga jam 12.00 malam namun hampa tanpa sebarang hasil. Yang pasti hampir setengah umpan sotong kami telah habis dimakan ikan.
Pada keesokkannya kami semua bersarapan di Restoran Salang Indah dimana kami membeli beberapa Nasi Lemak bungkus dan kuih-kuih tempatan. Kami duduk menghadap laut yang sedang mula pasang airnya.
Setelah hujan reda pada jam 10.30 pagi kami semua kepantai untuk snorkeling. Peralatan menyelam kami sewa dari Arai dan kami terus ke sebelah kiri jeti untuk menyelam dan melihat ikan-ikan karang yang ada. Dengan ombak yang agak kuat, banyak tenaga diperlukan oleh saya untuk manarik anak-anak saya yang tidak pandai berenang. Lebih kurang 15 min masa diambil hanya untuk sampai ke pontoon yang terletak 200 meter dari pantai. Keadaan air laut pada masa ini agak kuat berombak disebabkan oleh hujan dan angin yang yang sederhana kuat. Hinggkan berada di atas pontoon ini pun boleh terasa mabuk. Kami semua pulang ke Chalet dan menunggu sehingga hujan reda sebelum pergi makan tengahari di Restoran Salang Indah.
Selepas makan saya dan isteri pergi semula ke jeti untuk memancing manakali Iqa, Teya dan Alyaa ke pantai untuk bermain ombak. Sekali lagi kami hampa kerana masih gagal memancing sebarang ikan, yang habis cuma umpan kami.Dengan penuh kehampaan saya dan isteri pulang ke chalet untuk menukar pakaian dan kemudian ke pantai untuk menyambung aktiviti snorkeling yang terganggu pada sebelah pagi tadi.
Kali ini air laut agak tenang dan kami sempat mengambil beberapa gambar ikan walaupun agak sussah untuk mengendalikan kamera. Hampir 2 jam kami snorkeling disini dan kemudianpulang ke chalet untuk persiapan makan malam. Kami semua sepakat untuk mengakhiri percutian ini dengan makan malam yang agak mahal di mana kami dihidangkan dengan berbagai makanan laut seperti ikan Marlin, Tuna, Tenggiri, Sotong, sayur-sayuran dan buah-buahan. Selepas malam saya sekali lagi ke jeti untuk cubaan kali terakhir sebelum pulang esok.
Seperti sebelum ini, hanya umpan yang habis. Rupa-rupanya....musuh saya adalah sejenis lipan atau ulat gonggok laut yang memakan seluruh isi ikan yang dijadikan umpan. Ulat ini menyerupai ulat bulu dimana bulunya menyerupai jarum dan ia mencucuk seluruh badan umpan ikan saya. Cuma 2 kali saya tersentak apabila umpan hidup yang saya guna disambar dengan begitu cepat namun hampa kerana semasa itu saya tidak sempat menengangkan tali. Mungkin itu adalh ikan Baraccuda atau ikan Alu-alu.
bersambung....
Video...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home