Friday, April 09, 2010

Jelajah Thailand - Hari 02 (12/Nov/08)

0700 hrs - Seorang demi seorang bangun dari tidur dan menyiapkan diri untuk sarapan pagi di hotel. Cuaca sama seperti semalam dimana hujan masih tidak henti-henti. Kami merupakan pelanggan pertama yang berada di restoran dan terpaksa menunggu pekerja restoran itu unutk sampai sebelum kami mendapat hidangan kami. Walaupun cuma sekadar Nasi Goreng, Telur Dadar, Sosej Ayam dan juga air minuman panas disediakan, kami berasa amat bertuah kerana tidak perlu risau untuk mencari makanan di luar.

0900hrs - Kami naik semula ke bilik untuk mengambil bag dan dan kemudian mendaftar keluar. Cuaca masih lagi hujan dan kami terpaksa memakai baju hujan seperti semalam. Hari ini kami akan meghala ke Cha Am Beach dimana kami akan bermalam. Jarak perjalanan adalah sekitar 545km. Sepanjang perjalanan kelihatan sawah-sawah padi dan juga bukit-bukit batu kapur yang begitu cantik pemandangannya.

Macam biasa kami akan berhenti seberapa kerap yang boleh dan cuma akan berhenti di stesen-stesen minyak dan juga perhentian bas.
1130hrs - Tiba di satu-satunya kawasan Rehat & Rawat yang berada di tengah-tengah laluan jalan Utara / Selatan. Disini terdapat kedai cenderahati, kedai buahan, pasar-raya dan juga kedai makan. Hampir kesemua papan iklan disini di tulis dalam sanskrit dan hanya papan tanda jalan saja yang boleh kami fahami. Disebabkan masaalah bahasa kami cuba bertutur dalam bahasa Inggeris dan ianya masih juga sukar difahami oleh mereka.


1630hrs -Kami di di persimpangan Hua Hin untuk ke Cha Am. Pada mulanya pemandangan persimpangan ini hanya kelihatan seperti persimpangan biasa dan dapat menjangkakan pekan Hua Hin akan seperti mana-mana pekan yang telah kami lalui. Namun setelah menunggang hampir 20 minint kami mula memasuki kesibukan pekan Hua Hin yang terletak di pinggir pantai Teluk Siam. Kami membuka peta dan agak susah untuk mengenal pasti laluan menuju ke Cha Am lalu kami bertanyakan kepada seorang anggota polis yang sedang bertugas disitu.
1915hrs - Kami tiba di Anatachai Guest House untuk bermalam setelah menyusur pantai sepanjang 15km dari Hua Hin. Ini merupakan penginapan malam kedua kami dan kami mengambil 2 unit dimana setiap satu cuma berharga Bht290.00 atau RM29.00.

2030 hrs - Keluar untuk mencari tempat untuk makan malam. Kebanyakan kedai yang terdapat disini adalah jenis bar dan restoran yang menghidangkan makanan laut. Akhirnya kami diberitahu adanya sebuah kedai masakan India lalu kami memesan makanan seperti Tandori dan Nasi Goreng berteman 2 orang wanita tempatan yang kami baru kenali.
2245hrs - Selepas makan kami pulang semula ke bilik dan saya meminta salah seorang wanita tadi mengurut tangan saya yang kesakitan akibat membawa motor terlalu lama. Kami hanya duduk di ruang tamu guesthouse tersebut dan upahnya hanyalah membelanja air minuman sekadar RM10.00

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home