Monday, April 26, 2010

Offroad ke Mat Daling, Tembeling, Pahang 23-25/Apr/2010

Idea untuk ke Kg. Mat Daling di Ulu Tembeling ini adalah daya usaha salah seorang ahli dari MBC iaitu Ar'Raubi. Perancangan hanya dibuat 7 hari sebelum tarikh perjalanan. Dengan semangat ingin mencuba motor berkuasa besar memasuki dan melalui jalan-jalan balak maka saya tekad untuk membawa Aprilia Pegaso 650 cc saya.

Bersama 6 lagi rakan sepejuangan iatu Al Raubi, Abg Acid, Amirul, Blade, Hakimi dan Nizam (nama sama ni) kami berkumpul di BHP selepas toll Gombak pada jam 8.45 pagi. Dari sini kami menuju ke Kuala Tahan melalui Temerloh dan Jerantut. Berikut adalah sedikit catatan pergerakan kami.


23/4/2010
0900hrs - Memulakan perjalanan ke Kuala Tahan. Kelajuan kami hanya sekadar 100km/j kerana adanya 2 buah motor yang menggunakan tayar Offroad.
1130hrs - Kami tiba di Kerdau dan semua penunggang mengisi minyak di Stesen Caltex sepenuhnya.
1240hrs - Semua selamat tiba di Kuala Tahan dan kami singgah makan tengahari sebelum ke Masjid berdekatan untuk solat Jumaat.
1425hrs - Kami menyambung semula perjalanan kami ke Kg. Mat Daling melalui jaln balak yang berdebu lagi berbatu-batu. Kelajuan purata semasa ini hanya sekadar 20km/j.
1615hrs - Tayar motor Blade (KIPS 150cc) bocor di km 9. Semasa ini saya bersama Hakimi dan Zam telah pun berada di km 12.5. Setelah menunggu agak lama, saya berseorangan berpatah balik unutk mencari kumpulan. Semasa inilah saya bersama motor tergelincir semasa menuruni bukit yang debu jalannya setebal hampir 6".
1645hrs - Setelah tayar yang bocor di perbaiki kami meneruskan perjalanan ke Kg. Pagi dan sekali lagi tayar motor Blade bocor!. Tapi kali ini ianya pada bahagian belakang. Kami kehilangan hampir 30 minit setiap kali kerja menukar tiub dilakukan.
1755hrs - Kami tiba di Kg. Pagi setelah hampir 8 kali berselisih dengan lori muatan balak. Kesempatan diambil untuk sembahyang di Masjid disini dan selepas itu kami merehatkan badan di salah sebuah warung di tepi sungai. Saya tidak melepaskan peluang untuk membeli herba asli dari hutan iaitu Tongkat Ali atau juga dikenali sebagai Pasak Bumi dengan harga RM10 bagi hampir 1kg.
1945hrs - Tayar kami bergolek sekali lagi menuju destinasi sebenar. Laluan menyusur sungai di Kg. Pagi terpaksa dibuat kerana kami perlu mengisi minyak. Pergerakan pada sebelah malam di jalan yang kering dan berdebu dan banyaknya bukit-bukit yang tinggi kerap melambatkan pergerakan kami. Kami berhenti hampir pada setiap 12km atau setiap 1 jam.


2220hrs
- Kami diekori oleh sebuah pacuan empat roda , lalu kami bertanyakan laluan ke destinasi kami. Alangkah terkejutnya kami apabila pemandu kenderaan itu sebenarnya adalah pemilik chalet dimana kami akan bermalam. Beliau mengarahkan kami supaya meneruskan perjalan tanpa menyisir kemana-mana simpang. Mungkin kerana takut kami tersalah simpang Ayah Wan telah menunggu kami di persimpangan ke Kg. Sat.
Waktu pada masa itu hampir jam 10.20 malam dan sekali lagi motor blade bocor. Kali ini pada bahagian belakang juga. Ayah Wan yang menunggu kami di persimpangan Kg. sat terpaksa berpatah balik hampir 10 minit ke arah kami dan bertanyakan masaalah. Akhirnya motor KIPS (Kenderaan Ini Pancit Selalu!!!) terpaksa dibawa dengan pacuan empat roda Ayah Wan. Perjalanan kami masih ada lagi dalam 18km dan kami terpaksa membuat banyak pendakian dimana kebanyakan cerun pedakian telah berubah seperti parit-parit besar. Saya sekali lagi tewas semasa cuba mengubah haluan semasa pendian disini.
2345hrs - Akhirnya kami samapi di Kg. Mat Daling. Segala kepenatan dan kerisauan segera hilang apabila kami disambut oleh cahaya lampu jalan dan beberapa kerbau di sepanjang laluan kampung disini.

24 Apr 2010
0000hrs - Tiba di chalet penginapan kami. Kerja pertama yang dibuat adalah menurunkan motor Blade dan kemudian kami disajikan dengan kopi panas dan sedikit juadah. Al Raubi, Abg Acid dan Zam dengan segeranya ke bilik dan melelapkan mata dan badan yang kepenatan. walaupun bilik-bilik kami berhawa dingin saya merasakan agak sukar untuk tidur dengan nyenyak keran mungkin disebabkan meminum kopi.

0815hrs - Kelihatan Abg Acid, Al Raubi dan Zam pulang dari Surau. Kami semua bersarapan nasi goreng dan berlaukkan ikan goreng. Selesai sarapan kami semua melawat sekitar perkampungan untuk bergambar. Kami agak terkejut melihat sebuah klinik kesihatan yang dikira besar dan juga sebuah sekolah rendah yang mampu menampung seramai 500-1000 murid. malangnya para pelajar disini hanyalah sekadar 50 orang sahaja.

Kami mengambil kesempatan bergambar di papan tanda sekolah dan juga di jeti. Seterusnya kami dibawa untuk menyaksikan acara menangkap ikan dengan tangan yang akan ditunjukkan oleh Saudara Yun (Anak buah Ayah Wan). Malangnya bot yang akan dinaiki hanya boleh membawa 6 penumpang. Lalu saya, Amirul dan Hakimi terpaksa membawa motor dan menunggu mereka di lokasi ternakan ikan air tawar (ikan lampam).

Dari sini mereka yang menaiki bot meneruskan perjalan ke kawasan dimana mereka akan menyaksikan cara Yun menangkap ikan dengan tangan. Nasib baik kami bertiga tidak turut sama didalam bot kerana mereka yang pergi tadi hanya pulang pada jam 3 petang.

1700hrs - Bersama Amirul, Kimi dan Blade kami meronda sekitar kampung untuk mencari kuih-muih tempatan dan minyak motor unutk perjalanan pulang esok. Kami singgah di sebuah gerai dan menjamah kuih karipap, bingka jagung dan minuman Air Batu Campur. Sedang kami bergelak ketawa kendegaran bunyi bising yang mana sebenarnya adalah beberapa pacuan empat roda ( 6 buah) yang datang dari laluan Tekam.

1800 hrs - Kami ke padang sekolah berdekatan unutk melihat permainan volleyball oleh pemuda-pemuda tempatan. Disini terdapat seekor anak Siamang yang dibela dan ianya sungguh jinak.

2000hrs - Makan malam disediakan oleh Mak Ungku. Selesai makan malam kami ke Sungai Tembeling untuk acara menghayutkan jaring dan juga unutk melihat Yun menangkap ikan dengan tangan. Walaupun air sungai hanya sedalam 1 meter, kami tidak dihampakan apabila berjaya mendapat beberapa anak ikan Kelah dan ikan Kerai. Berjalan di sungai yang mana pasir jer jerlus setiap kaki dipijak sememangnya memenatkan.
2300hrs - Kami dikejutkan dengan berita bahawa Zam telah kehilangan kunci motor RXZnya. Tiada pilihan lain kami terpaksa mengumpil penutup tangki dan memotong salah satu wayr suis unutk menghidupkan injin RXZ tersebut.





25 Apr 2010
08000 hrs - Sarapan telah pun di hidangkan dan terus menjamah sambil berbual-nual dengan Ayah Wan. Selesai sarapan kami bergambar buat kali terakhir di sini bersama Ayah Wan dan mak Ungku.



09150 hrs - Jentera-jentera kami dihidupkan untuk meneruskan perjalanan pulang melalui Tekam dimana jarak perjalanan adalah sekitar 110km. Laluan pada awalnya kering berubah mejadi licin akibat hujan renyai-renyai.
1015 hrs - Bermulanya adengan yang tidak dijangka, sebuah demi sebuah motor kami kecundang untuk menaiki dan menuruni bukit yang nyata terlalu licin. Ditambah dengan kenderaan lori balak yang turut sama keluar/masuk di laluan, perjalana kami tergendala seketika apabila hampir kesemua motor terpaksa membuka mud-guard depan bagi mengelak lumpur.
1345 hrs - Tiba di satu-satunya jambatan besar dan sungai yang indah. Disini kami berhenti selama 30 minit untuk menjamah bekalan yang disediakan oleh Mak Ungku. Seandainya tiada bekalan disediakan, alamatnya kami semua kelaparan. Dari sini kami sempat bergambar dan kemudian meneruskan perjalanan sejauh hampir 30km lagi sebelum berjumpa dengan jalan biasa.
1600 hrs - Tiba di jalan utama Tekam dan kami meneruskan perjalanan mencari kedai terdekat unutk minum petang. Selesai minum kami berpisah dengan Abg Acid yang akan terus ke Maran sebelum ia pulang ke Muar keesokkan harinya. Manakala kami berlima menuju ke rumah ayah Hakimi di Kerdau, dimana kami dihidangkan dengan masakan Gulai Ikan Patin.
2100 hrs - Selepas makan malam yang begitu enak kami meminta izin unutk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kepulangan kami disambut dengan hujan yang agak lebat seawal dari Kerdau sehingga kerumah saya di Taman Melawati.
2345 hrs - Selamat tiba di rumah bersama Hakimi denagn seribu satu kenangan yang tidak mungkin dapat kami lupakan...terutama perjalanan melalui jalan OFFROAD yang begitu mencabar minda dan ketahanan fizikal kami.

Buat pembaca, jika ingin ke Kg. mat Daling melalui jalan darat eloklah melalui Tekan dan tidak dari Kuala Tahan. walaupun jaraknya agak jauh tetapi ianya mudah sedikit dan tidak banyak pendakian.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home